Kiriman pada: Wed, Jul 22nd, 2015

Najib Hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKKuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Parlimen yang diadakan di tempat letak kereta bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Najib yang tiba pada pukul 2 petang disambut oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Doris Sophia Brodi.

Perdana Menteri kemudian meluangkan masa kira-kira 30 minit di majlis itu menikmati hidangan dan beramah mesra dengan tetamu lain.

Sementara itu majlis yang bermula pada pukul 11 pagi tadi dan berlangsung hingga pukul 4 petang ini dihadiri Anggota Parlimen daripada Barisan Nasional dan pembangkang.

Turut hadir beberapa menteri kabinet termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Hadir sama beberapa perwakilan asing, pegawai parlimen dan wakil media tempatan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.