Kiriman pada: Fri, Nov 4th, 2016

Najib Harus Ada Keberanian Melakukannya

Kongsi maklumat ini
Tags

panglimaPembentangan bajet 2017 telah pun selesai di bentangkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Naib Tun Razak dan kini sedang dibahaskan, dan diketika ini Dato’ Seri Najib sedang berada di negara China untuk merangka dan menarik pelaburan untuk negara bagi masa akan datang, segala usaha yang dilakukan oleh Najib selaku Perdana Menteri adalah untuk masa depan negara agar terus cemerlang.

Tetapi usaha Najib tidak akan sampai kemana sekiranya ada segelintir rakyat yang terdiri dari bekas pemimpin kanan kerajaan sendiri mahu merosak dan menjahanamkan negara ini dan mereka mendapat bantuan serta sokongan dari dalam kerajaan sendiri, tidak kira siapa pun mereka sama ada penjawat awam, orang ternama dan siapa sekali pun, sekiranya di ketahui ada terbabit dalam perancangan mahu menjahanamkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi ini serta negara maka mereka perlu dihukum.

Pengumuman Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahu menubuhkan skuad khas bagi menyiasat dalang yang menerima dana asing haruslah mendapat sokongan semua rakyat Malaysia, bukan siasatan penerima dana asing sahaja tetapi turut harus disiasat ialah penjawat awam sama ada yang sedang berkhidmat atau pun yang telah dibersarakan yang telah melakar ilham mahu menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak.

Sebelum ini rakyat terlalu disogokkan kononnya ramai penjawat awam kelas atasan telah ditamatkan perkhidmatan atau dinasihatkan agar melepaskan jawatan atas sebab mahu menyelamatkan salah laku Dato’ Seri Najib yang dituduh telah melakukan pelbagai pecah amanah, malah keluarga Najib juga dituduh cuba meranapkan harta negara.

Mereka telah mengunakan bekas Perdana Menteri untuk melakukan misi mereka ini kerana berangapan bahawa pengaruh Tun Mahathir Muhamad masih ada dan digeruni, dan kebanyakkan mereka mahu Mahathir lakukan perkara ini dan mesti berjaya seperti mana ketika beliau melakukan operasi menyelamat dan ‘bail out’ syarikat kroni yang hampir terlungkup seperti mana yang di dakwa oleh Anwar Ibrahim selepas ianya dipecat dari kerajaan dan parti UMNO.

Diharapkan unit Cawangan Khas PDRM yang telah diwujudkan bagi berhadapan dengan komplot ini, dapat memberi fokus untuk menyiasat dan mendakwa mereka-mereka yang telah pun dikenal pasti terlibat dalam komplot konspirasi jahat ini, dan Dato’ Seri Najib seharusnya berani untuk bertindak seperti mana yang pernah dilakukan oleh Mahathir ketika mahu menyelamatkan kepimpinan dan jawatannya dari digugat baik dari lawan mahupun kawan dalam ‘operasi Lalang’.

Rakyat kini sudah muak dengan permainan politik dan tidak mahu sejarah ‘ops lalang’ berulang tetapi jika terpaksa maka Dato Seri Najib harus melancarkannya dari membiarkan komplot yang mahu menjatuhkan kerajaan ini terus melebarkan permainan mereka dan bermaharaja lela, walaupun yang akan tersangkut nanti melibatkan rakan baik beliau sendiri, rakyat tidak mahu lagi berhadapan dan melihat satu lagi kospirasi menjatuhkan kerajaan melalui jalan yang menyalahi undang-undang dan perlembagaan selepas era refomasi.

Mungkin pihak PDRM telah pun mengenalpasti akan mereka-mereka yang terlibat dan sedang menjalankan kerja-kerja memantau, tetapi jangan lah terlalu lama disimpan fail-fail berkenaan Tong Kooi Ong (The Edge Communications Sdn Bhd) dan Clare Rewcastle Brown (wartawan penyiasatan British Editor-in-chief Sarawak Report) yang sudah pasti mempunyai senarai nama penjawat awam yang bersekonkol dan berkomplot serta menjadi perancang dengan mereka untuk menjatuhkan kerajaan.

“Barang siapa dengan apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, melakukan suatu aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen hendaklah dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun.” dari akta 124 kanun keseksaan ini boleh diguna pakai untuk mendakwa mereka yang terlibat dengan kes cuba menjatuhkan kerajaan sekiranya Najib tidak mahu melakukan ‘ops lalang’ kerana ISA telah pun ditiadakan.

Dato’ Seri Najib harus berani melakukan ini agar kaduk tidak naik kejunjung dan cacing tidak naik ke mata, membiarkan mereka berkomplot dan merancang dalam diam sama lah seperti membiar musuh mengumpul peluru dan kita hanya bersukaria menikmati makanan lazat, kita harus belajar dari sejarah ops lalang dahulu mengapa Mahathir melakukannya dan sejarah pasti akan terjadi jika Najib tiada keberanian melakukan operasi lalang untuk sekian kalinya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.