Kiriman pada: Mon, Jul 13th, 2015

Najib Ikrar Teruskan Tanggungjawab Tadbir Negara Berlandaskan Pertimbangan Terbaik

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKPekan – Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar akan meneruskan tanggungjawabnya mentadbir negara dengan berlandaskan pertimbangan terbaik untuk rakyat bagi memastikan Malaysia dapat mencapai status negara maju menjelang 2020.

Perdana Menteri berkata beliau amat terharu dan berterima kasih dengan sokongan yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak terhadap kepimpinannya terutama ketika beliau berdepan pelbagai tuduhan dan cabaran pada masa ini.

“Jangan bimbang atau gusar, bukan semua berita yang dibaca sahih atau tepat. Sebagai perdana menteri, saya tahu tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

“Saya tidak akan mengecewakan rakyat dan akan meneruskan pentadbiran kerajaan mengikut pertimbangan terbaik untuk rakyat serta memastikan Malaysia mencapai status negara maju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan kepada warga emas di Masjid Kampung Paloh Hinai.

Dalam pada itu, Najib berkata Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) telah dibentangkan dan asasnya adalah untuk meneruskan pembangunan serta membela kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah atau dikenali sebagai Bottom 40 (B40) dan tidak akan membiarkan jurangnya semakin melebar.

Kerajaan, kata Perdana Menteri sentiasa berusaha untuk mengurangkan jurang antara bandar dan luar bandar dengan melaksanakan pelbagai program pembangunan bagi memastikan manfaatnya dapat dikecapi bersama.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.