Kiriman pada: Wed, Dec 9th, 2015

Najib jelas soal RM2.6b, 1MDB, ekonomi kepada perwakilan UMNO

Kongsi maklumat ini
Tags

UMNO 2015KUALA LUMPUR : Isu dana RM2.6 bilion, masalah dihadapi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta cabaran ekonomi semasa adalah tiga perkara utama yang disentuh Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan amanat kepada perwakilan UMNO di Dewan Merdeka, malam ini. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata setiap perkara itu diperjelas berserta fakta oleh Perdana Menteri. Berhubung cabaran ekonomi, Zahid berkata Presiden UMNO itu memperbetulkan fakta yang sudah diseleweng menerusi serangan daripada pelbagai pihak yang mendakwa Malaysia bakal menjadi negara miskin dan rakyat menjadi pengemis. Katanya, Najib turut menjelaskan bahawa pelan rasionalisasi 1MDB bagi mengurangkan bebanan hutang syarikat itu kini berjalan dengan baik. “Najib turut menyentuh berkenaan keputusan 1MDB menjual aset tenaganya, Edra Global Energy Berhad kepada syarikat asing dengan menyatakan bahawanya ia bagi mengelakkan timbul soal ‘bail out’ kepada kerajaan jika TNB diberi peluang ambil alih,” katanya. Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata sesi taklimat itu berjalan dengan baik dan semua perwakilan dilihat berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh presiden.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.