Kiriman pada: Tue, Jan 12th, 2016

Najib lawat Hadi Awang di IJN

Kongsi maklumat ini
Tags

12najibb.transformed_0KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak, pagi ini, meluangkan masa untuk melawat Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan bekas pegawai penerangannya, Datuk Nasir Safar yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) selepas Perdana Menteri selesai melakukan pemeriksaan susulan tangannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL). “Saya ke HKL untuk pemeriksaan susulan tangan dan juga melawat mantan pegawai penerangan saya, Datuk Nasir Safar di Institut Jantung Negara. Mudah-mudahan beliau segera sembuh, insya-Allah. “Saya dimaklumkan ketika berada di IJN bahawa Datuk Seri Hadi Awang juga sedang dirawat di situ dan turut menziarahi beliau. “Saya doakan semoga beliau dikurniakan sebaik-baik kesihatan oleh Allah SWT,” katanya dalam kiriman terbaharu menerusi Facebook di sini, hari ini.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.