Kiriman pada: Fri, Dec 11th, 2015

Najib lawat Laman Media sempena PAU 2015

Kongsi maklumat ini
Tags

najibR.transformedKUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa melawat Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi. Beliau yang juga Presiden UMNO meluangkan masa kira-kira 20 minit beramah mesra dengan petugas media selepas menunaikan Solat Jumaat bersama perwakilan di Dewan Tun Razak, PWTC. Beliau turut mengunjungi ‘war room’ The New Straits Times Press (NSTP) yang disambut oleh Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid serta barisan pengarang akhbar BH, NST dan Harian Metro.

Petugas media juga tidak melepaskan peluang untuk berselfie bersama Perdana Menteri. Terdahulu, beberapa pemimpin tertinggi parti termasuk Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut meluangkan masa melawat Laman Media. Seperti kelaziman, Laman Media UMNO dilengkapi ciri-ciri mesra pengamal media seperti WiFi, ruang kerja yang luas selain ciri-ciri keselamatan yang ketat. Seramai 1,453 petugas media daripada 60 agensi tempatan dan antarabangsa membuat liputan sepanjang perhimpunan itu mulai Selasa hingga Sabtu ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.