Kiriman pada: Mon, Jan 25th, 2016

Najib & Mahathir : Najib mendahului.

Kongsi maklumat ini
Tags

tun m najibRamai orang marah Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak apabila beliau menggugurkan Timbalan Presiden UMNO dari kedudukan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan sorang Naib Presiden dari kabinet. Ramai pihak yang pro Tun menyatakan ini kali pertama seorang Timbalan Presiden tidak berada dalam kedudukan Timbalan Perdana Menteri.

Sebenarnya orang yang mengeluarkan kenyataan seumpama itu sebenarnya ‘buta UMNO’. Di sini fakta dibongkarkan, semasa krisis team A dan team B sebelum UMNO diharamkan beberapa ketika selepas itu. Tun M ketika itu sebagai Perdana Menteri telah menggugurkan beberapa Menteri dan Timbalan Menteri dengan alasan tidak boleh bekerjasama dengan beliau. Menteri yang digugurkan ialah,

1) Datuk Shahril Samad (Menteri Kebajikan Masyarakat)
2) Datuk Abdul Ajib Ahmad (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri)
3) Tun Abdullah (Menteri Pertahanan)

Manakala Timbalan Menteri yang terlibat ialah,

1) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir( Timbalan Menteri Luar)
2) Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Timbalan Menteri Perusahaan Utama)
3) Datuk Paduka Rahmah Osman (Timbalan Menteri Pengangkutan)
4) Datuk Zainal Abidin Zin (Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi Dan Pos)

Benarkah Muhyiddin adalah Timbalan Presiden UMNO pertama yang diturunkan dari kerusi Timbalan Perdana Menteri dan Zahid Hamidi Naib Presiden pertama yang menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri semasa masih lagi Naib Presiden?

Jawapannya adalah tidak benar. Tun Musa Hitam pernah digantikan dengan Tun Ghafar Baba (arwah), ketika itu Tun Musa adalah Timbalan Presiden UMNO dan Tun Ghafar Baba ketika itu tiada gelaran lagi hanya dipanggil Encik Ghafar menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Selepas menubuhkan UMNO baru, apakah antara yang dilakukan oleh Tun M?, antara perkara yang dilakukan ialah sesiapa yang membawa hal parti ke mahkamah akan secara automatik terbatal keahlian, sedarkah kita tindakkan seorang ahli biasa UMNO Langkawi pro Tun menyaman Perdana Menteri Dato’ Seri Najib, dan beliau tersingkir, sebenarnya itu bukan salah Perdana Menteri Dato’ Seri Najib, sebaliknya dimulakan oleh idola wanita Langkawi berkenaan sendiri.

Apakah kesan daripada pergaduhan team A dan team B?, Kelantan jatuh ke tangan pas sehingga kini.

Pada saat itu, Dato’ Seri Najib menyokong team A atau team B ? Dato’ Seri Naib berada dalam team A dan menyokong kuat Tun M.

Akhbar dan televisyen memihak kepada siapa?, bagi tv arus perdana pastinya memihak kepada pemerintah, sementara akhbar Utusan memihak team A dan team B disokong oleh Berita Harian.

Apakah penulisan ini menipu?, di manakah sumber maklumat tulisan ini?, Pengakuan Tun M sendiri di dalam buku Mahathir Dr Umum yang diterjemah ke dalam beberapa bahasa lain dalam bab 40 “Perpecahan: Team A dan Team B” dan buku tulisan Zainuddin Maidin, surat-surat Dr Mahathir.

-Osman jalani-

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.