Kiriman pada: Tue, Aug 18th, 2015

Najib mahu generasi muda tolak propaganda musuh

Kongsi maklumat ini
Tags

NAJIB RAZAK  / PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIAKAJANG: Datuk Seri Najib Razak mahu generasi muda di negara ini tidak sewenang-wenangnya menjadi pembawa berita bahawa negara ini sedang menuju ke jalan songsang baik dari perspektif ekonomi mahupun politik. Perdana Menteri berkata, beliau juga kesal kerana generasi muda kini seakan lebih percaya kepada propaganda dan label buruk yang mungkin sengaja disuntik oleh musuh Islam. “Hari ini kita digelar oleh sebahagian media berkepentingan sebagai negara yang gagal malah, nama Malaysia seakan mahu diburukkan secara sewenang-wenangnya.
“Apakah kita negara gagal bilamana Malaysia hampir berada di tempat teratas dalam banyak kerangka nilaian seperti The Global Competitiveness Report ataupun World Bank Report of Doing Business,” katanya ketika menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Wasatiyyah Sebagai Manhaj Generasi Muda Masa Kini’ pada Seminar Antarabangsa Wasatiyyah 2015 di sini sebentar tadi. Katanya, beliau juga ingin menegaskan bahawa generasi muda Malaysia akan terus menjadi sebahagian yang sangat signifikan dan penting kepada negara ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.