Kiriman pada: Fri, Jul 31st, 2015

Najib Mengadap Emir Qatar

Kongsi maklumat ini
Tags

TUANKU ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAHKuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadap Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al-Thani hari ini.

Najib dan raja Qatar itu membincangkan usaha untuk mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan Qatar, dan isu lain yang menjadi kepentingan bersama.

Ini merupakan lawatan pertama Sheikh Tamim, 35, ke Malaysia selepas dilantik sebagai Emir Qatar pada Jun 2013.

Baginda berada di Kuala Lumpur sempena Persidangan ke-128 Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh Najib malam tadi.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.