Kiriman pada: Mon, Feb 29th, 2016

Najib Menyambung Legasi Kebencian Rakyat Kepada UMNO Yang Dicipta Oleh Mahathir.

Kongsi maklumat ini
Tags

Tun-MahathirAkhirnya Tun Mahathir sahut seruan untuk keluar dari UMNO, tahniah kerana menyusuri kehendak penyokong-penyokong Mahathir yang mahukan beliau meninggalkan UMNO, tahniah Tun kerana berani.

Cuma mahu sahaja di tanya mengapa sekarang tidak seawal dahulu seperti era Pak Lah, adakah kerana ianya berkaitan dengan kes seorang yang telah didapati bersalah kerana mengugat pasaran saham yang mana Mahathir ada mengutuskan surat kepada pesalah tersebut, tak apa biarlah Mahathir yang jawab menafikan atau mengiakan sudah tak jadi beban kepada UMNO sekarang.

Kita tunggu dan lihat berapa ramai yang akan mengikut jejak Mahathir, kalau setakat macai tak apa lah, banyak lagi sampah yang nak kena buang, kita nak tengok kepala-kepala kepada macai berapa ramai yang akan mengosongkan kerusi baik kabinet atau Ketua Bahagian.

Sebelum terlupa, Mahathir juga perlu mengosongkan beberapa kerusi empok yang beliau duduki sekarang ini, seperti Proton, Petronas, almaklum kesemua kerusi sedap itu beliau duduk kerana beliau adalah ahli UMNO dan sekarang beliau telahpun melepaskan keahlian UMNO maka jangan segan silu untuk mengosongkan kerusi sedap tersebut.

Jika Tun Mahathir mengungkit akan semua legasinya, Mahathir jangan lupa apa yang beliau lakukan terhadap Tunku Abdul Rahman yang mana legasi Mahathir ini adalah hasil dari legasi kemerdekaan yang di usahakan oleh Almarhum Tunku.

Jika Mahathir ungkit soal kejayaannya masa lalu, jangan lupa legasi Tun Razak juga masih terpahat diserata dunia, ingat bukan Mahathir sahaja yang membina lagasinya.

Jika Mahathir mengungkit bahawa UMNO hari ini adalah milik Najib dan bukan lagi UMNO yang menentang komunis, Mahathir harus suluh diri bahawa zaman Mahathir komunis telah di amankan oleh Allahyarham Tunku dan Tun Razak, era Mahathir hanya mengkayakan orang Melayu melalui UMNO, tetapi berapa ramai orang Melayu UMNO yang kaya hari ini.

Mahathir kata pemimpin UMNO hari ini tidak berani menegur Najib? pemimpin UMNO hari ini bukan bodoh dan tuli nak dengar cakap orang tua yang nak tongkat dunia, mereka menegur didalam mesyuarat dan mengikut peraturan dan adap, bukan macam bangsa kapir lahanat yang tak ada adab.

Mahathir kata jangan buang masa dengan UMNO, eloklah selama ini pun bukan semua orang suka dengan Mahathir kerana dia pernah jadi Presiden UMNO, orang membenci UMNO sejak dia menjadi Presiden UMNO lagi, jika tidak masakan UMNO pernah di haramkan.

Dato’ Seri Najib hanya membawa kesan peninggalan kebencian rakyat kepada UMNO yang di buat oleh Mahathir, tak payahlah angkuh.

UMNO hari ini di benci bukan bermula dari era Dato’ Seri Najib Tun Razak, tetapi ianya bermula dari mula Tun Mahathir Muhamad menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Sebelum terlanjut kelupaan, kosongkan juga kerusi sejuk pejabat Yayasan Kepimpinan Perdana, ia seharusnya diduduki oleh Tun Abdullah, kerana Tun Mahathir bukan lagi ahli UMNO dan Tun Abdullah juga bekas Perdana Menteri Malaysia dan masih ahli UMNO.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.