Kiriman pada: Wed, Jul 15th, 2015

Najib nafi dakwaan rasuah, arahkan tindakan wajar ke atas media Australia

Kongsi maklumat ini
Tags

NajibRazakFront1-621x328KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini menafikan dakwaan media Australia yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan satu tuduhan skandal rasuah semasa beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Susulan itu, Perdana Menteri telah mengarahkan peguamnya mengambil segala tindakan yang wajar ke atas dua akhbar yang menyiarkan laporan berkenaan.

Kenyataan dikeluarkan menerusi Facebook pejabat Perdana Menteri.

Kenyataan itu turut menegaskan artikel yang dikeluarkan The Age dan Sydney Herald Morning tidak mempunyai asas dakwaan terhadap perdana menteri.

Dakwaan itu melibatkan kontrak mengeluarkan wang kertas polimer.

Selain Najib, laporan media Australia itu turut mengaitkan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pejabat Perdana Menteri menyifatkan pemilik kedua-dua akhbar berkenaan, Fairfax Media sengaja cuba mengelirukan dan memberi bayangan bahawa Perdana Menteri mendapat manfaat daripada kontrak itu.

Ia dilihat satu fitnah dan cubaan mencemar imej serta nama baik Najib.

Akhbar itu dalam laporannya pada Selasa mendakwa Malaysia menyekat permohonan pihak berkuasa Australia untuk mendapatkan maklumat berhubung skandal rasuah yang mungkin melibatkan Perdana Menteri.

Permohonan rasmi itu yang dikatakan dibuat menerusi Jabatan Peguam Negara Komanwel bagaimanapun didakwa tidak diendahkan pihak berkuasa Malaysia.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.