Kiriman pada: Sat, Dec 12th, 2015

Najib pemimpin yang berjiwa besar

Kongsi maklumat ini
Tags

UMNO 2015KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memilih untuk berjiwa besar dengan menghulurkan tali silaturahim kepada semua ahli dan pemimpin UMNO untuk bersatu dan kembali mengukuhkan ikatan. Namun, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO memberi amaran tegas jika mana-mana pihak menolak dan mahukan pertelagahan berterusan, mereka itu bukan saja menyerang peribadinya sebagai nakhoda UMNO, sebaliknya menolak sebarang perdamaian dalam jemaah parti. “Saya mahu bagitahu bahawa saya Najib Razak sebagai Presiden UMNO memilih untuk berjiwa besar…saya memilih berjiwa besar buka pintu menghulurkan tali silaturahim kepada semua, supaya kita dapat bersatu dan kembali mengukuhkan ikatan UMNO ini. “Namun dengan tegas saya ingatkan mana-mana pihak yang masih menolak dan mahukan pertelagahan…faham baik-baik ini, ini bukan lagi soal peribadi, mereka bukan menyerang saya sebagai Najib Razak Presiden UMNO, tapi mereka telah menolak untuk mencari titik perdamaian dalam jemaah UMNO ini,” katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungannya di akhir Perhimpunan Agung MNO 2015 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, sebentar tadi. Kata-kata yang dilaungan Najib itu mendapat reaksi dan tepukan gemuruh daripada perwakilan di dalam dewan sambil bangun sebagai tanda hormat. Najib, yang juga Perdana Menteri mengingatkan para anggota parti bahawa pertelagahan sesama sendiri tidak akan menguntungkan UMNO. “Apa guna kita bermusuh, berpatah arang dan berkerat rotan. Menang jadi arang, kalah jadi abu, nanti orang lain mendapat untung,” katanya. Perdana Menteri mengulangi dengan tegas bahawa beliau tidak sekali-kali akan menyerah kalah dan tidak akan berundur daripada perjuangan UMNO. Sebelum kembali ke tempat duduknya, Najib bersalaman dengan barisan pimpinan UMNO di atas pentas, termasuklah pengkritik beliau, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Aksi beliau itu telah menarik tumpuan perwakilan serta lensa kamera media. Ucapan penggulungan, pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2015 itu, yang dinanti-nantikan perwakilan, malah rakyat seluruh negara, dimulakan dengan peringatan Najib kepada para anggota UMNO tentang taat dan setia kepada pemimpin dan adab dalam membuat teguran kepada pemimpin.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.