Kiriman pada: Sat, Aug 15th, 2015

Najib perlukan sokongan, doa ahli untuk teruskan perjuangan

Kongsi maklumat ini
Tags

15tanjong.transformedGEORGETOWN: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak memerlukan sokongan serta doa semua ahli akar umbi bagi meneruskan perjuangan membela agama, bangsa dan tanah air. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Idris Haron, berkata krisis yang dihadapi UMNO sekarang bukan sesuatu yang kali pertama berlaku dalam sejarah penubuhannya sejak 69 tahun lalu. Idris yang juga Ketua Menteri Melaka, berkata hari ini UMNO berada di persimpangan apabila banyak pihak cuba yakinkan bahawa ia ada krisis kepimpinan, seolah-olah ini yang terburuk dalam sejarah.

“Masalah akan sentiasa ada tetapi yang membezakannya adalah bagaimana kita mengurus tadbir untuk menyelesaikannya. Ketahuilah bahawa Presiden amat memerlukan sokongan dan doa kita pada ketika ini,” katanya berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong, di sini, hari ini. Yang hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Tanjong, Datuk Ahmad Ibnihajar.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.