Kiriman pada: Thu, Dec 10th, 2015

Najib rasmi Perhimpunan Agung UMNO 2015

Kongsi maklumat ini
Tags

awalpagihimpunv.transformedKUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO 2015 bermula hari ini dengan majlis perasmian oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini. Majlis dimulakan dengan upacara perbarisan dan menaikkan bendera UMNO di Dataran Putra yang dijadualkan pada jam 9 pagi, diikuti dengan penyampaian ucapan dasar oleh Najib, yang juga Perdana Menteri di hadapan 2,762 perwakilan. Perhimpunan agung kali ini berlangsung selama lima hari bermula Selasa. Sebanyak 5,738 perwakilan terdiri daripada 2,762 perwakilan perhimpunan agung UMNO serta 993 perwakilan Wanita, 992 (Pemuda) dan 991 (Puteri) menghadiri persidangan kali ini. Satu jamuan makan sempena perhimpunan itu akan diadakan di Dewan Tun Razak I pada jam 8.30 malam ini.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.