Kiriman pada: Wed, Jul 8th, 2015

Najib Razak mulakan proses undang-undang terhadap WSJ

Kongsi maklumat ini
Tags

Najib-Razak2KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah memulakan proses perundangan terhadap The Wall Street Journal (WSJ) berhubung artikel yang disiarkan pada 3 Julai lalu yang mendakwa wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah disalurkan ke akaun peribadi miliknya.

Firma guamannya, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak dalam satu surat berkata pihaknya kini sedang mengenal pasti fakta kes sebelum meneruskan tindakan selanjutnya terhadap pihak-pihak yang menulis, mengedar dan mencetak artikel terbabit.

“Melihat secara teliti kepada kandungan artikel terbabit, kami memutuskan bahasa yang digunakan secara sengaja atau tidak telah membuat rujukan beberapa fakta dan pihak-pihak terbabit telah dirujuk secara kurang jelas,” katanya di dalam satu surat.

Jumaat lalu, WSJ memetik dokumen siasatan ke atas syarikat 1MDB oleh pihak berkuasa Malaysia, yang menunjukkan berbilion ringgit dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib pada 2013.

Najib bagaimanapun menafikan dakwaan itu .

Sebuah pasukan khas yang disertai Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan WSJ.

Semalam pasukan itu memaklumkan enam akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes terbabit telah menerima arahan pembekuan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.