Kiriman pada: Fri, Dec 25th, 2015

Najib Razak Tidak Kejar Publisiti Berbanding Tun Mahathir?

Kongsi maklumat ini
Tags

jipDi sini saya memperjelaskan kedudukan sebenarnya.
DS Najib paling kurang sebulan sekali turun padang (tidak termasuk lawatannya di kawasan Parlimen beliau). Dalam tiga bulan lepas sahaja beliau melawati sebuah sekolah di kawasan perumahan harga rendah di Cheras, Hospital Kajang, berjumpa dengan para pembeli di supermarket Giant, Hospital Shah Alam, pusat UTC di Kuala Lumpur, dan DS Najib bukan sahaja berjalan meninjau tetapi juga mengambil masa “mengopi” dengan beberapa orang muda dan peniaga di Wangsa Walk dan KL Sentral, dua bazaar Ramadhan, lawatan ke pasar tani dekat Putrajaya, sebuah pasar di Sarawak perkampungan orang Asli di Sarawak dan di Sabah. Ini yang saya ingat sepintas lalu dan ada besar kemungkinan ada 3-4 lagi yang saya lupa.
Tetapi DS Najib tidak menggembar-gemburkan lawatan-lawatan ini. Lawatan ini dibuat secara senyap dan selalunya secara tergempar.
Mengenai peningkatan kos sara hidup, salah satu dari aduan orang ramai adalah kos pengangkutan dan tol jalan raya.
Dimaklumkan PLUS Berhad, syarikat yang memiliki Lebuhraya Utara-Selatan, dulunya dimiliki oleh Tan Sri Halim Saad, seorang sahabat-karib Tun Daim.
Adakah anda tahu jika berdasarkan perjanjian Lebuhraya Utara-Selatan yang asal yang ditandatangani semasa pentadbiran Tun M, sewaktu dimiliki oleh Tan Sri Halim Saad, hari ini bayaran tol dari Bukit Kayu Hitam, Kedah ke Skudai, Johor adalah RM216.80 ringgit bagi kenderaan kelas 1.
Di bawah Kerajaan kepimpinan DS Najib, pada tahun 2011, kadar tol dikira balik (reviewed) menjadikan jumlah tol untuk perjalanan yang sama sekarang adalah RM102.80, setengah dari bayaran tol jika perjanjian asal diteruskan!
DS Najib juga mengarahkan pemilikan PLUS, diambil-alih oleh KWSP (EPF). Oleh kerana tuan punya highway PLUS sekarang adalah KWSP, sebuah agensi Kerajaan, maka adalah lebih senang untuk berunding dan juga, kalau ada kenaikan tol pun, hasilnya akan tersalur kepada pencarum-pencarum EPF, dan bukannya masuk ke dalam poket kroni.
Sama juga dengan ERL di mana Kerajaan terpakasa membayar pampasan RM2.9 bilion kerana harga tiketnya tidak dinaikkan selama 14 tahun. Kerana kejatuhan pendapatan dari hasil minyak yang berkurang sebanyak RM30 bilion, Kerajaan tidak lagi berupaya membayar pampasan ini. Sebab itulah harga tiket ERL naik.
Sungguhpun begitu, DS Najib telah mengarahkan diskaun dapat di berikan kepada golongan-golongan tertentu.
Ini hanya dua contoh projek-projek mega di bawah Tun M yang di mana dipersetujui oleh pentadbiran Tun M tetapi sebenarnya bayarannya terpaksa ditanggung berpuluh-tahun selepas perjanjian-perjanjian tersebut di tandatangani. Orang lain dapat nama, DS Najib yang terpaksa menanggung kepayahannya, kena tibai dengan rakyat.
Saya juga ingin mengingatkan bahawa pembayaran BRIM adalah pertama kalinya Kerajaan memperkenalkan skim menampung kos sara hidup kepada rakyat yang memerlukannnya tanpa mengira bangsa dan agama. Skim BRIM ini di tentang hebat oleh Tun M.
Di bawah Tun M, subsidi diberikan untuk banyak keperluan harian seperti petrol, gula, minyak masak dan lain-lain. Tetapi subsidi sebegini adalah tidak adil kerana orang yang berpendapatan tinggi yang memiliki beberapa buah kereta dapat menikmati subsidi petrol dari seorang yang hanya memiliki sebuah motosikal.
Kenapa Kerajaan harus membayar sebahagian kos petrol untuk kereta-kereta mewah milik orang kaya?
Adalah perlu juga hamba Allah ini tahu subsidi ini juga dapat dinikmati oleh para peniaga dan pengilang, umpamanya pengilang roti dan biskut. Biskut tersebut dieksport ke luar negara dan pengilang mengaut kekayaan di atas subsidi titik peluh rakyat Malaysia. Adakah ini adil?
Buat pengetahun hamba Allah ini, jumlah isi rumah (households) golongan berpendapatan antara RM2,000-RM3,000 sebenarnya telah menurun dari 23% pada tahun 2012 kepada 12% pda tahun 2014?
Sementara itu, 55% dari isi rumah di negara ini, pendapatan bulanan mereka meningkat dari RM3,000-RM4,000 sebuan kepada RM4,000-RM5,000 pada tempuh 2012-2014 juga?
Kita boleh melihat bagaimana orang-orang muda dan seisi keluarga pergi bercuti ke luar negara, bagaimana barangan mewah seperti iPhone laris dijual, dan restoran-restoran dan kafe-kafe tumbuh bagai cendawan.
Sungguhpun begitu, malangnya, kenaikan pendapatan ini diiringi oleh kenaikan kos barangan dan makanan terutamanya.
Kenaikan makanan (foodstuffs) meningkat kerana permintaan global yang meningkat dan juga pembekalan yang berkurangan. Umpamanya, pengeluaran cili kering di India menurun kerana akibat perubahan iklim. Sama juga pengeluaran barangan tenusu di Australia dan New Zealand.
Ramai yang menyalahkan GST tetapi GST dikecualikan untuk beratusan barang harian termasuk gula, teung, ikan, dan macam-macam lagi tetapi peniaga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga. Malangnya juga, apabila dinaikkan harga, peniaga mendapati permintaan untuk barangannya tidak menurun sehinggakan tiada jualannya. Ini bermakna terdapat golongan pembeli yang membeli juga barangan-barangan ini walaupun harganya naik. Hakikatnya, dari segi, ekonomi, terdapat kemampuan di dalam pasaran.
Saya setuju bahawa pemantauan semestinya dipergiatkan lagi untuk membanteras peniaga-peniaga yang tidak bermoral ini.

 

Saiful Bahari Baharom

WakeUp Malaya

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.