Kiriman pada: Sun, Mar 22nd, 2015

Najib Saman Harakah

Kongsi maklumat ini
Tags

blogger-image-1264069337Kuala Lumpur – Saman fitnah terhadap Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob dan ketua editor portal Harakahdaily, Taufek Yahya telah difailkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu lalu.

Saman tersebut difailkan menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi dan mempunyai kaitan dengan pendirian lidah rasmi PAS itu berhubung isu dana 1MDB.

Rosli dan Taufek telah dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua.

Memetik kenyataan di dalam tuntutan saman tersebut, Najib mendakwa artikel yang disiarkan Harakahdaily pada 19 Feb hasil tulisan Rosli berniat jahat terhadap dirinya dengan menuduh beliau telah menyalahgunakan dana yang diperuntukkan kepada 1MDB.

Susulan penerbitan artikel tersebut, Najib mendakwa reputasinya telah terjejas selain pelbagai tuduhan-tuduhan yang menghina dan memalukan dirinya berleluasa di media sosial.

Taufek pula katanya telah gagal untuk mempraktikkan prinsip-prinsip kewartawanan yang berhemah kerana tidak mengesahkan terlebih dahulu fakta-fakta di dalam artikel tersebut sebelum menerbitknnya.

Najib turut mendakwa defendan-defendan telah dengan sengaja menerbitkan artikel berbaur fitnah itu dengan tujuan untuk menjejaskan kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap dirinya tanpa mengambil kira sensitiviti di sebalik isu yang dibangkitkan.

Untuk rekod, satu notis tuntutan telah dikemukakan Najib terhadap kedua-dua defendan sebelum ini meminta agar permohonan maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis dikemukakan kedua-dua defendan serta penarikan semula kenyataan berunsur fitnah tersebut.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.