Kiriman pada: Wed, Dec 9th, 2015

Najib sampaikan amanat kepada perwakilan UMNO

Kongsi maklumat ini
Tags

UMNO2015KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak tiba di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada jam 8.50 malam tadi bagi memberi taklimat sempena Persidangan UMNO ke-69. Turut mengiringi, semua Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal; anggota Majlis Tertinggi dan ketua pergerakan ketiga-tiga sayap. Bagaimanapun, kelibat Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak kelihatan. Perhimpunan UMNO pada hari ini membuka tirai dengan Taklimat Presiden, yang diadakan secara tertutup. Ia dianggap penting untuk membincangkan isu utama parti dengan membabitkan 5,732 perwakilan. Edisi kali ini agak berbeza berbanding tahun sebelumnya apabila tradisi taklimat presiden yang lazimnya diadakan pada sebelah petang dianjak ke sebelah malam berikutan ketiadaan majlis perasmian serentak tiga sayap yang sebelum ini dirasmikan Timbalan Presiden.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.