Kiriman pada: Thu, Jan 14th, 2016

Najib sebak kenang jasa bapa kepada negara

Kongsi maklumat ini
Tags

MAJLIS PELANCARAN SEMINAR PERINGATAN KHAS TUN ABDUL RAZAKKUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak sebak dan bergenang air mata ketika mengakhiri ucaptama sempena Seminar Khas Memperingati Tun Abdul Razak Hussein sebagai Perdana Menteri kedua, 1970-1976.

Detik kesedihan itu diluahkan Perdana Menteri sebaik beliau mula membaca sepotong ayat dalam ucapannya: “Dia (Tun Abdul Razak) menyerahkan semua jiwa raganya untuk negara ini”.

Kata-kata itu membawa beliau mengimbau kenangan dan jasa besar bapanya itu ketika menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri kedua, selain berkongsi kesedihan akan kehilangan bapa pembangunan negara.

Kesedihan itu diluahkan Najib sebelum mengakhiri ucapannya selama 15 minit itu.

Selesai ucaptama itu, Najib turut menyempurnakan perasmian sebuah buku bertajuk ‘Ingatan Saya Kepada Tun Abdul Razak’ ditulis bekas Ketua Setiausaha Negara yang juga Canselor Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Satu tayangan video berdurasi kira-kira 10 minit berkenaan kehidupan Tun Abdul Razak turut dipersembahkan kepada penonton. Yang turut hadir, ibunya, Tun Rahah Mohd Noah; isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Pengerusi Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Tan Sri Jeffrey Cheah.

Terdahulu, dalam ucapannya, Najib berkongsi kisah kejayaan bapanya dalam membangunkan negara, serta cabaran dihadapi Tun Abdul Razak sebagai Pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ketika negara melalui peristiwa hitam pada 13 May 1969.

Najib turut menyifatkan bapanya itu seorang yang berjiwa besar kerana mampu mengenali ramai pemimpin dan pegawai di peringkat akar umbi termasuk Pegawai Daerah dan Penghulu di setiap mukim.

“Beliau (Tun Abdul Razak) secara purata juga berjaya menghabiskan lawatannya bagi meninjau pelaksanaan projek pembangunan di seluruh negara sejauh 60,000 batu (96,560 kilometer) setiap tahun,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.