Kiriman pada: Thu, Feb 18th, 2016

Najib Tak Suka Maki Orang, Lebih Baik Diam

Kongsi maklumat ini
Tags

IMG_7156

Setiap tindakan, tutur kata berupa kenyataan mahupun jawapan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib bukan lah melulu mengikut perasaan. Perdana Menteri mempunyai formula tersendiri dalam menghadapi tekanan yang datang kepada beliau.

Timbalan Perdana Menteri menceritakan pengalaman beliau bersama Datuk Seri Najib yang dianggap sebagai bos, sahabat dan boleh jadi seperti adik beradik ketika melancarkan buku 40 tahun 40 gambar yang memuatkan gambar-gambar eksklusif Perdana Menteri sepanjang 40 tahun terlibat dalam dunia politik.

IMG_7154 IMG_7155

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu bahawa Perdana Menteri ada berkata kepada beliau bahawa adalah lebih baik kita diam takut-takut nanti banyak yang salah. Perkara ini ada benarnya kerana apabila ramai yang berkata-kata tetapi pada akhirnya perkara yang sebenar sudah jauh terpesong.

Begitu juga ketika marah, adalah lebih baik berdiam supaya terhindar untuk kita mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Zahid menceritakan pengalaman beliau bersama Datuk Seri Najib, pernah satu ketika Datuk Seri Najib tersungkur di dalam kereta kerana tindakan pemandu yang brek secara tiba-tiba.

Ketika itu tiada satu pun perkataan yang ‘kurang enak’ keluar dari mulut Najib sebaliknya beliau hanya tenang dan bertanya apa yang berlaku. Walaupun pada ketika itu Zahid mengetahui yang Datuk Seri Najib dalam keadaan marah. Zahid berkata jika orang lain sudah tentu akan keluar perkataan berupa makian terhadap pemandu itu.

Sedih sekali sekarang ini Datuk Seri Najib tidak terlepas dari menjadi bahan makian melulu orang angkara fitnah. Namun apa yang boleh dilihat adalah kebijaksanaan Perdana Menteri mengawal perasaan beliau.

Hari ini kita melihat banyak sahaja individu yang dikatakan bakal pemimpin tetapi tidak tahu mengawal perasaan. Diam tidak bermakna lemah dan bodoh, lebih nampak bodoh apabila ‘berkokok’ tidak tentu hala akhirnya terkena batang hidung sendiri.

Harus diingat pada ketika ini bukan hanya suara lantang yang keluar dari anak tekak sahaja untuk menunjukkan kehebatan, penulisan di media sosial jugak sudah diambil kira. Wujudnya media sosial ini sebenarnya membongkar keperibadian orang berasa diri mereka hebat tetapi kadang-kadang bodoh.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.