Kiriman pada: Tue, Aug 4th, 2015

Najib terima kunjungan hormat Menteri-Menteri Luar ASEAN

Kongsi maklumat ini
Tags

AMM65_040815_AMMKUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menerima kunjungan hormat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini. Majlis yang berlangsung selepas perasmian Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-48 di PWTC itu, turut disertai Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman. Menteri Luar berkenaan termasuk Retno Lestari Priansari Marsudi dari Indonesia, Albert del Rosario Ferreros (Filipina), K.Shanmugam (Singapura), Tanasak Patimapragorn (Thailand) dan Phim Binh Minh (Vietnam).

Turut hadir, Putera Mohamed Bolkiah dari Brunei Darussalam, Thongloun Sisoulith (Laos), Hor Namhong (Kemboja), Wunna Maung Lwin (Myanmar) dan Setiausaha Agung ASEAN, Le Luong Minh. Najib kemudian, turut menerima kunjungan hormat lima lagi menteri luar – Rimbink Pato dari Papua New Guinea, Borge Brende (Norway), Hernani Coelho (Timor Leste), Wang Yi (China) dan Mevlut Cavusoglu (Turki).

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.