Kiriman pada: Wed, Nov 25th, 2015

Najib Terus Bertahan Dalam Tahun Yang Penuh Cabaran

Kongsi maklumat ini
Tags

njBunyinya memang menakjubkan, Datuk Seri Najib Tun Razak terus bertahan dalam pertarungan epik beliau dengan Tun Dr Mahathir Mohamed.
Ia bukanlah pencapaian yang kecil kerana tidak semua mampu bertahan menghadapi serangan Dr Mahathir, lebih lagi terselamat. Antara yang menjadi mangsa adalah Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sudah setahun ia berlangsung, serangan demi serangan yang diketuai oleh Dr Mahathir, di dalam dan luar negara, di dalam media asing, di dalam blog beliau sendiri, di forum-forum awam dan kepada sesiapa yang sudi mendengar.
Beliau telah melontarkan segalanya kepada Najib, termasuk sinki dapur. Dan yang paling menarik adalah, tidak pernah sekali pun Najib mengkritik atau menyentuh hal peribadi negarawan tersebut.
Hubungan antara Najib dan Mahathir, individu yang Najib pernah anggap sebagai figura mentor sememangnya tidak boleh diselamatkan lagi.
Dr Mahathir merupakan lelaki budiman dalam pelbagai hal tetapi bukan di dalam hal menghadapi kekalahan. Beliau benci kalah, tidak biasa dengan kekalahan dan telah berazam untuk terus berkempen menentang Najib. Ini hak beliau, tiada siapa boleh mendiamkan beliau dan beliau masih mempunyai penyokong yang ramai di luar sana.
Tetapi, tak kira bagaimana ianya dilihat, Najib sebenarnya telah memenangi peperangan ini walaupun penyokong beliau akan memberitahu yang beliau sekadar terselamat. Mereka tahu realiti sebenar yang walaupun ketua mereka telah menang, tetapi beliau tetap ‘tercedera’.
“Beliau sangat kuat di dalam parti, dan saya fikir tiada siapa yang akan berkata sebaliknya,” kata Ketua UMNO bahagian Temerloh Datuk Sharkar Shamsuddin.
Kuasa politik Najib diperkukuhkan lagi minggu lepas apabila Bajet 2016 telah diluluskan di Parlimen dengan 128 undi memihak Barisan Nasional dan 74 undi Pakatan Harapan.
Ia merupakan kali kedua kerajaan pemerintah membuktikan yang mereka berkuasa di dalam Parlimen. Kali pertama, apabila ahli parlimen BN meluluskan usul untuk menggantung Lim Kit Siang dengan 107 undi berbalas 77 undi.
Ia secara efektif menguburkan dakwaan pembangkang yang mereka mempunyai sokongan dari ahli parlimen BN. Mereka sendiri pun tidak mampu memperolehi sokongan dari ahli parlimen PAS.
“Lihat di pihak kita – Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) dan Tan Sri Muhyiddin (Yassin) hadir dan telah mengundi menyokong bajet ini,” ujar Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Ghani.
Pembangkang telah membayangkan yang undi bajet adalah undi tidak percaya terhadap Najib tetapi ianya gagal. Dari usaha memalukan Najib, ia akhirnya membuka pekung pakatan sendiri yang penuh dengan perselisihan faham. Tidak semua ahli parlimen PAS menyokong mereka dan pembangkang terpecah kepada 2 kumpulan besar.
Jelas, Najib mempunyai sokongan di dalam UMNO, ada sokongan di Parlimen dan terselamat dari “virus Mahathir”.
Tahun 2015 merupakan tahun yang sukar bagi Najib tetapi, menurut kawan lama beliau dan bekas duta ke Filipina Datuk Seri Dr Ibrahim Saad, “beliau telah keluar dari onak duri” dan kembali berpijak dengan kukuh.
Tetapi beliau masih mempunyai beberapa halangan, antaranya siasatan PAC terhadap 1MDB dan perhimpunan Agung UMNO bulan depan.
Ini tidak akan menjadi perhimpunan yang mudah, mengambil kira hubungan tegang beliau dan Muhyiddin, timbalan presiden beliau.
Ianya akan menjadi janggal juga untuk Timbalan Perdana Menteri yang baru Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Trio tersebut akan menjadi perhatian semua orang – timbalan presiden yang bukan timbalan perdana menteri, naib presiden yang mengambil alih jawatan timbalan perdana menteri dan presiden yang menjadikan itu semua realiti. Setiap ekpresi wajah dan gerak tubuh akan diperhatikan dengan teliti oleh perwakilan.
Mereka yang rapat dengan Najib bimbang mengenai perkara dan tindakan yang mungkin akan dilakukan Muhyiddin ketika perhimpunan nanti. Timbalan Presiden secara tradisinya akan merasmikan pembukaan persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri dan akan menyampaikan ucapan penutup pada penghujung perhimpunan.
Muhyiddin masih terluka dengan bagaimana beliau dilayan dan tidak dapat dijangka samada kemungkinan beliau akan menyuarakan hal 1MDB di atas pentas nanti.
Atau beliau mungkin dilarang berucap kerana spekulasi yang beliau mungkin akan menghadapi tindakan disiplin kerana mengeluarkan kenyataan yang mencemarkan imej parti.
Dr Mahathir tidak akan hadir. Beliau tidak menghadiri beberapa perhimpunan pada zaman Pak Lah dan kali ini beliau akan memboikot secara total.
Perhimpunan UMNO sejak beberapa tahun kebelakangan ini semakin mudah dijangka kerana mereka yang akan berucap akan dipilih dengan berhati-hati supaya tidak bercakap perkara yang tidak sepatutnya nanti.
Mereka yang lebih sinis akan berkata ianya akan menjadi tempat membuat lawak, puji memuji dan membodek. Sebenarnya, sebahagian besar topik yang didebatkan sering menyentuh isu yang dekat dengan orang melayu seperti hal ehwal orang melayu, agama dan semangat kebangsaan ahli UMNO. Isu seperti ancaman terhadap agama, bahasa dan pendidikan, ekonomi, keganasan dan pembangkang akan diutarakan di dalam sesi debat.
Ada yang mencadangkan, peranan ‘ketua pembangkang de facto’ Tun Dr Mahathir sejak setahun yang lepas mungkin akan disebut di dalam debat nanti.
Adun Kok Lanas Datuk Alwi Che Ahmad berkata, sebarang kritikan terhadap mantan perdana menteri itu sepatutnya dibuat secara dalaman dan tidak langsung. Skill ucapan Aziz yang baik telah menyaksikan beliau dipilih untuk mendebatkan usul terima kasih atas ucapan Presiden 2 tahun lepas.
“Tun Mahathir adalah seperti bapa kami. Kami tidak suka berhujah walaupun kami tidak bersetuju atas sesetengah perkara. Beliau mengingatkan saya mengenai arwah ayah saya yang akan mengubahsuai rumah setiap kali kakak-kakak saya berkahwin. Ianya pembaziran tetapi rumah itu rumah beliau. Apabila anak lelaki saya berkahwin, saya langsungkannya di hotel,” kata Alwi.
Menurut Dr Ibrahim, walaupun ahli UMNO kritikal terhadap Dr Mahathir, jauh di lubuk hati mereka, mereka masih mahukan beliau di dalam parti.
Bintang Sabah yang makin meningkat naik Datuk Rahman Dahlan berkata, isu seperti 1MDB dan derma RM2.6 bilion bebas didebatkan di perhimpunan nanti.
“Saya tak fikir mereka (delegasi) patut dihalang daripada bercakap mengenai perkara yang mereka bimbangkan. Tetapi setiap tahun, kita akan ada mesyuarat pra persidangan untuk delegasi sebelum perhimpunan bermula supaya kepimpinan parti boleh menetapkan rentak perhimpunan dan ini akan dapat mengawal keadaan,” ujar Rahman yang merupakan Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar.
Mengenai kebimbangan Muhyiddin kemungkinan akan melakukan perkara tidak terjangka di perhimpunan tersebut, Rahman berkata presiden mempunyai kata-kata terakhir sebelum menutup persidangan.
“Ini merupakan ucapan yang penting di mana presiden memiliki kata-kata muktamad dan akan menjawab segala isu yang diajukan sepanjang perhimpunan.”
Najib perlu menghadapinya kali ini, melalui ucapan pembukaan dan penutupnya. Beliau mungkin perlu menyampaikan ucapan paling penting sepanjang karier politik beliau.
Perhimpunan ini, menurut Alwi, adalah istimewa kerana ia adalah perhimpunan pertama Zahid selaku Timbalan Perdana Menteri. Tetapi, berdepan situasi yang janggal, beliau terpaksa menyembunyikan perasaan gembira beliau itu.
Menjadi orang nombor 2 negara adalah impian pemimpin berasal dari Perak ni. Beliau juga menjadi mangsa Dr Mahathir pada tahun 1998 tetapi beliau berjaya mengharunginya. Penguasaan Bahasa Inggerisnya kini cemerlang, tidak seperti dahulu.
Zahid meraikan 100 hari sebagai TPM di dalam satu majlis tahlil untuk sahabat dan penyokong rapatnya di kediaman rasmi timbalan perdana menteri. Beliau belum lagi berpindah ke sana dan petang tersebut merupakan kali pertama beliau menjejakkan kaki ke sana.
Beliau tidak pernah begini sibuk. Beliau telah membuat 3 lawatan rasmi ke luar negara dan telah menjelajah ke seluruh negara bertemu pemimpin akar umbi.
Semua mahu rapat dengan beliau dan beliau tidak pernah mengabaikan sebarang jemputan. Hari beliau begitu sibuk dan beliau memberitahu pegawainya, beliau sangat bernasib baik dapat tidur dan makan.
Apa yang lebih penting adalah skil politik beliau dan beliau berjaya meringankan beban presiden beliau.
Perjalanan Najib menempuh onak duri politik tidak ubah seperti Prinsip Salami, iaitu satu analogi Perang Dingin mengenai agenda politik halus yang kompleks dan terperinci. Ianya berdasarkan idea iaitu seorang individu tidak akan memakan salami secara terusnya tetapi akan memakan sedikit demi sedikit tanpa disedari.
Sedikit demi sedikit, Najib sudah menjauhi ‘pasir jerlus’ ke kawasan yang lebih selamat.
Beliau memerlukan perhimpunan UMNO yang bebas masalah dan berjalan lancar untuk mengukuhkan kedudukannya.

 

WakeUp Malaya

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.