Kiriman pada: Sat, Nov 12th, 2016

Najib Tiba Di Kota Kinabalu Untuk Lawatan Rasmi Ke Sabah

Kongsi maklumat ini
Tags

tibaKota Kinabalu – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini malam ini untuk lawatan rasmi ke Sabah.

Pesawat khas yang membawa perdana menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada kira-kira 8.57 malam.

Ketibaan Najib di lapangan terbang itu disambut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, dua Timbalan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Yahya Hussin dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, anggota Kabinet negeri dan ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.

Pagi esok Najib, yang juga pengerusi Barisan Nasional dijadual merasmikan Konvensyen Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) di Penampang manakala pada sebelah petang akan menghadiri Perhimpunan Agung Parti Liberal Demokratik (LDP) Ke-27, di sini.

Perdana menteri dijadual berlepas pulang ke ibu negara petang esok.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.