Kiriman pada: Fri, Feb 12th, 2016

Najib tiba di Los Angeles untuk lawatan kerja seminggu ke Amerika

Kongsi maklumat ini
Tags

12feb-najibusa.jpg.transformed_4LOS ANGELES: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di bandar raya ini Khamis untuk lawatan kerja seminggu ke Amerika Syarikat (AS), termasuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN-AS di Sunnylands, California. Pesawat membawa Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada jam 8.30 pagi Khamis (Jumaat 12.30 tengah malam di Malaysia). Ketibaan Perdana Menteri disambut Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat Datuk Dr Awang Adek Hussin. Najib dan Rosmah dijadual mengadakan perjumpaan dengan diaspora dan pelajar Malaysia di Rumah Malaysia, kediaman rasmi Konsul Jeneral Malaysia di Los Angeles pada Sabtu (Ahad di Malaysia).

Selepas itu, Najib akan ke Sunnylands untuk menyertai Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan sembilan pemimpin ASEAN lain menghadiri sidang kemuncak dua hari itu, yang bermula Isnin (Selasa di Malaysia). Kehadiran para pemimpin ASEAN ke Sunnylands adalah atas jemputan Obama dan ini julung kalinya Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN-AS diadakan di luar negara ASEAN. Bagaimana Amerika Syarikat boleh memudahkan penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN melalui inovasi dan keusahawanan akan dibincang pada sidang kemuncak itu. Pada sidang kemuncak itu juga, para pemimpin berkenaan akan membincangkan isu mengenai keamanan, keselamatan, maritim, jenayah rentas sempadan dan keganasan. Najib juga dijadual mengadakan perjumpaan dengan pengurus dana dan kapten industri serta melawat dua syarikat teknologi gergasi dunia – Apple Inc dan Tesla Motors di San Francisco pada Rabu (Khamis di Malaysia), pada akhir lawatan kerja beliau. Sementara itu, Rosmah dijadual melawat Hospital Kanak-kanak Los Angeles di sini pada Isnin, dan Academic Talent of the University of California, Berkeley di San Francisco pada Rabu (Khamis di Malaysia).

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.