Kiriman pada: Fri, Jan 29th, 2016

Najib tiba untuk mempengerusikan mesyuarat MT UMNO

Kongsi maklumat ini
Tags

NAJIB TUN RAZAKKUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak tiba di Menara Dato Onn di sini pada jam 3.40 petang bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Najib diiringi Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh. Mesyuarat itu dijangka menyentuh beberapa isu hangat diperkatakan ketika ini antaranya kedudukan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Terdahulu, Mukhriz yang tiba pada jam 3.05 petang disambut dengan sorakan “Hidup Mukhriz” oleh beberapa penyokong yang mula menunggu ketibaan pemimpin nombor satu Kedah itu pada jam 2.30 petang. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada Kabinet pada 28 Julai lalu juga turut hadir. Beberapa pemimpin tertinggi parti termasuk dari Kedah juga dilihat mula memasuki pekarangan Menara Dato Onn pada jam 2.30 petang antaranya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim , Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Jamil Khir.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.