Kiriman pada: Thu, Dec 22nd, 2016

Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Pesawat TUDM Terhempas

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut dalam insiden pesawat TUDM terhempas di Butterworth hari ini.

Dalam catatan terbarunya di laman sosial Twitter, Najib berkata, siasatan terperinci ke atas insiden itu akan dilakukan.

“Terima laporan tragedi nahas pesawat @airforcenextgen (Twitter rasmi TUDM), sedih ketahui ada kemalangan jiwa. Takziah kpd keluarga, siasatan terperinci akan dilakukan,” kata perdana menteri.

Dalam insiden pada 5.18 petang itu, sebuah pesawat jenis Beechcraft B200T terhempas di Pangkalan TUDM Butterworth, menyebabkan juruterbangnya maut, manakala tiga yang lain cedera.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor memberitahu Bernama, siasatan menyeluruh akan dilakukan untuk menyiasat punca nahas terbabit.

Beliau berkata TUDM telah menubuhkan pasukan siasatan khas bagi menyiasat punca sebenar kejadian itu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.