Kiriman pada: Tue, Mar 10th, 2015

Nama IPTA Akan Diganti Istilah UA

Kongsi maklumat ini
Tags

AAUJohor Bharu – Istilah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak lagi akan digunakan untuk merujuk universiti awam, sebaliknya akan diganti dengan istilah Universiti Awam (UA) berkuat kuasa serta merta.

Ini diputuskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Naib-Naib Canselor dan Rektor (JNCR) dalam usaha memartabatkan status universiti-universiti awam dalam negara.

Pengerusi JNCR Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, jawatankuasa itu sebulat suara mahu istilah IPTA ditukar kepada UA bagi memberi pengiktirafan status yang lebih berprestij kepada universiti awam.

“Setelah mendapat persetujuan Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan baru-baru ini, semua universiti awam yang terdapat di seluruh negara selepas ini akan dikenali sebagai UA manakala istilah IPTA pula akan diguna bagi merujuk kolej komuniti dan politeknik,” kata Kamarudin selepas mempengerusikan mesyuarat JNCR di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pelaksanaan istilah ini akan melibatkan sebanyak 20 buah universiti awam dan lebih 60 Kolej Komuniti dan Politeknik.

Ini termasuk Universiti Malaya, UTM, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.