Kiriman pada: Sun, Dec 25th, 2016

Nasib Mahathir Jika Anwar Perdana Menteri

Kongsi maklumat ini
Tags

Dalam tidak sedar Mahahtir akui bahawa UMNO dan Barisan Nasional adalah contoh terbaik didalam menentukan siapa Perdana Menteri yang boleh mengepali kerajaan, dan ini telah terakui sejak negara mencapai kemerdekaan.

Barisan Nasional tidak perlu saat akhir untuk menentukan siapa Perdana Menteri, tetapi setiap pemimpin telah dirangka dan dipertunjukkan kepada semua rakan parti komponen tang berbilang kaum dan agama.

Tetapi pakatan pembangkang memerlukan waktu kecemasan, ia ini saat-saat akhir yang mana perkara seperti penentuan mimilih sudah pasti akan mendatangkan kecelaruan dan ketidakpuasan hati di antara mereka.

Ini diakui sendiri oleh Mahathir yang mendakwa bahawa akan ada pihak yang kecewa dan pergaduhan boleh berlaku dalam kalangan mereka hanya kerana mahu menentukan siapa bakal jadi Perdana Menteri dari calon pembangkang.

Nampaknya dalam simboliknya Mahathir tidak bersetuju dengan pilihan Lim Kit Siang yang mahukan Wan Azizah untuk dilantik menjadi Perdana Menteri yang di umumkan beberapa hari yang lalu.

Adakah ini alasan Mahathir untuk membolehkan pilihan hatinya si Boboi dilantik menjadi Perdana Menteri kerana Mahathir tahu jika Wan Azizah menjadi Perdana Menteri maka peluang pilihan hati Mahahtir akan terkubur dan yang pasti Anwar akan menggantikan Wan Azizah seperti mana berlaku di kerusi parlimen Permatang Pauh.

Sekiranya Anwar bebas dan menjadi Perdana Menteri nasib Mahathir akan lebih buruk dari hari ini walaupun Mahathir telah mengaku silap kerana telah menganiaya Anwar dahulu, pengakuan Mahathir serta mengaku silap akan penilaian terhadap DAP dan Lim Kit Siang serta permohonan maaf kepada Anwar membuktikan segalanya.

Walaupun telah mengaku silap didalam penilaian terhadap DAP selama 22 tahun tetapi kenyataan terbaharu Mahathir yang menyatakan bahawa keputusan memilih Perdana Menteri mesti dipersetujui secara keseluruhan, tidak boleh daripada satu parti saja dengan sendirinya telah mengakui bahawa DAP sebenarnya yang berkuasa didalam pakatan pembangkang dan cakap Mahathir penuh muslihat.

Dan pengakuan Mahathir tersilap menilai DAP menjadi pertikaian sebilangan ahli totok DAP, dan ada yang menyatakan bahawa cakap Mahathir tidak boleh di percayai kerana pada mereka firaun tetap firaun.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.