Kiriman pada: Tue, Mar 10th, 2015

NCCIM Gesa Kerajaan Beri Banyak Insentif Untuk Penjagaan Kesihatan Tenaga Kerja

Kongsi maklumat ini
Tags

nccimKuala Lumpur – Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) menggesa kerajaan memberi lebih banyak insentif untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan tenaga kerja negara.

Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee , Bajet 2016 perlu mempunyai beberapa insentif seperti pembelian mesin senaman untuk ditempatkan di premis syarikat (gimnasium) atau membenarkan pengurangan cukai untuk tujuan ini.

Menurutnya, ini akan membantu meningkatkan kesedaran kesihatan di kalangan pekerja Malaysia di samping membantu mereka meningkatkan produktiviti.

“Ketika ini Malaysia kehilangan enam peratus produktiviti berkaitan keluaran dalam negara kasar (KDNK) disebabkan pelbagai penyakit seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.

“Jika kita tidak mengambil tindakan tegas, keadaan ini akan berterusan dan menjejaskan bukan sahaja produktiviti syarikat tetapi juga negara,” tambahnya.

Syed Hussien berkata demikian kepada media selepas sesi meja bulat NCCIM mengenai impak kesihatan ke atas kehadiran pekerja dan produktiviti di Malaysia.

Menurutnya, syarikat dengan lebih 100 pekerja perlu menyediakan gimnasium untuk menggalakkan pekerja bersenam.

Kerajaan perlu melaksanakan senaman selama 30 minit seminggu sekali sebelum kakitangan memulakan tugas.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.