Kiriman pada: Wed, Jan 11th, 2017

Negara Kehilangan Pemimpin Berjiwa Rakyat

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Negara kehilangan seorang pemimpin berjiwa rakyat sebentar tadi, Tan Sri Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak telah dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara di Kota Samarahan.

Adenan dimaklumkan meninggal dunia pada jam 1.20 petang kerana komplikasi jantung.

Beberapa pemimpin negara yang mendapat maklumat awal telah menyebarkan makluman tersebut melalui sebaran media sosial seperti twitter dan Face Book serta Whatsapp.

Tan Sri Adenan telah mencatatkan sejarah baru bagi negeri Sarawak apabila menjadi etnik Melayu yang pertama menerajui negeri itu selaku Ketua Menteri selepas di terima sebagai pengganti kepada Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud.

Mempunyai rekod yang cemerlang dalam politik, selain kejayaan besarnya pada Pilihan Raya Negeri Serawak yang di adakan baru baru ini di mana Barisan Nasional mengekalkan pemerintahan mereka di Sarawak.

Barisan Nasional meraih majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri Sarawak buat penggal ke-11 berturut-turut setelah memperoleh kemenangan besar dengan 72 kerusi daripada 82 Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima orang anak – Al-Fatihah.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.