Kiriman pada: Fri, Jan 29th, 2016

Negara Tidak Berada Dalam Kegawatan

Kongsi maklumat ini
Tags

nnnnnn_transformedPutrajaya – Malaysia bukannya berada dalam kegawatan ekonomi atau pun kemelesetan teknikal, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini kerana, katanya, bukan Malaysia sahaja yang mengalami cabaran ekonomi, tetapi beberapa negara lain juga.

“Trend ini membuktikan, kita tidak bersendirian menghadapi cabaran ekonomi global. Negara lain juga turut menerima kesan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

Datuk Seri Najib berkata, ekonomi global dijangka lebih mencabar pada 2016 di mana data IMF menunjukkan pertumbuhan ekonomi global akan lebih perlahan, iaitu daripada 3.6 peratus kepada 3.4 peratus.

Selain itu, perdagangan dunia dijangka menyusut,daripada 4.1 peratus kepada 3.4 peratus. Ini adalah kerana kebanyakan ekonomi negara seperti Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Brazil dan China dijangka berkembang lebih perlahan.

“Dengan mengambil kira senario ekonomi semasa, kerajaan telah membuat keputusan menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK 2016 kepada 4 hingga 4.5 peratus dan andaian purata harga minyak mentah Brent pula pada 30 hingga 35 dolar Amerika setong,” kata beliau.

Menurutnya, harga minyak mentah dunia terus merudum pada paras 30 dolar Amerika setong. Setakat semalam, harga minyak mentah Dated Brent telah berkurang kepada 31 dolar Amerika setong, iaitu penurunan 35 peratus berbanding andaian 48 dolar Amerika, semasa pembentangan Bajet 2016.

Perkara ini ternyata akan memberi kesan signifikan kepada hasil negara. Malah, ekonomi negara-negara pengeluar minyak turut terjejas, kata Datuk Seri Najib.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.