Kiriman pada: Wed, Dec 23rd, 2015

Negeri Sembilan Setuju HARAM VAPE, Beberapa Negeri Akan Bincang

Kongsi maklumat ini
Tags

PTJ17_211215_FATWA_VAPEKuala Lumpur – Negeri Sembilan bersetuju mengharamkan penggunaan rokok elektronik dan vape selaras dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sementara, Majlis Agama Islam Selangor, Sabah, Sarawak dan Pahang akan bersidang sebelum membuat keputusan mengenai perkara itu, manakala kerajaan Terengganu, Perlis dan Perak menunggu keputusan kerajaan Persekutuan.

Di Seremban, Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata pihaknya mematuhi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai perkara itu, dan akan mewartakan secara rasmi pengharaman vape di negeri berkenaan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa negeri yang akan diadakan bulan depan.

“Penggunaan vape ini lebih banyak mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan dan ia perlu dicegah awal sebelum menjadi barah dalam masyarakat seperti dadah,” katanya beliau.

Di Shah Alam, Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata Jawatankuasa Fatwa negeri akan bermesyuarat Januari depan, setelah mendapat maklumat tambahan berkaitan perkara berkenaan daripada kerajaan negeri.

“Sebelum apa-apa tindakan selanjutnya dilaksanakan, rakyat Selangor perlu didedahkan tentang bahaya dan keburukan vape terhadap kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini, bagi mengulas keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu, yang diumumkan Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.