Kiriman pada: Tue, Feb 16th, 2016

Netizen ‘Berakal’ Sokong Mahathir Disiasat

Kongsi maklumat ini
Tags

Madey siasat

Sebenarnya sudah pasti ramai yang menyokong supaya Tun Mahathir disiasat kerana didapati mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah. Perlu diketahui mengapa patut netizen menyokong siasatan dibuat adalah untuk mereka mengetahui perkara yang sebenar hasil daripada sisatan.

Jika sebelum ini hanya reti untuk percaya apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri itu tanpa ada memikirkan kesahihannya. Ada baiknya juga jika terdaoat siasatan kerana barangkali ada pula perkara yang akan bercanggah nanti.

Satu saranan yang baik juga untuk warga media sosial ini untuk bersikap professional apabila pihak polis membuka kertas siasatan terhadap Tun Mahathir. Sedangkan Datuk Seri Najib juga disiasat, apalah kiranya Tun M pula disiasat. Itu kan lebih adil.

Sebaiknya netizen juga tidak perlu untuk menghamburkan kenyataan provokasi di laman sosial semasa prosidur sisatan dilakukan. Perkara itu sepatutnya dielakkan supaya tidak ada unsur-unsur fakta tidak masuk akal disebar di media sosial.

Apabila banyaknya berlaku persoalan di media sosial, ia menjadi perkara yang sangat-sangat digemari oleh pihak yang Pro kepada Tun M. Ini akan mengakibatkan netizen yang berada di ‘atas pagar’ akan lebih tertumpu kepada cerita di Facebook berbanding fakta siasatan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.