Kiriman pada: Sun, Jan 17th, 2016

Netizen Kata JDT Ciplak Video, Penyokong Melenting

Kongsi maklumat ini
Tags

imagePenyokong kelab bola sepak JDT melenting apabila dikatakan video berdurasi 3 minit untuk mempromosikan jersi terbaru pasukan ‘mahal’ itu diciplak dari iklan bola sepak pasukan Brazil.

Satu laporan menyebut ramai yang mengkritik video tersebut kerana dilihat mempunyai terlalu banyak persamaan dengan sebuah iklan yang diterbitkan pada tahun 1998 oleh jenama pakaian sukan antarabangsa yang menaja pasukan Brazil pada ketika itu.

image

Barangkali netizen melihat tiada idea baru untuk pasukan JDT mempromosikan pasukan mereka sehingga perlu untuk meniru iklan pasukan juara Piala Dunia 5 kali itu.

image

Manakala ‘perang dunia ke-3’ papan kekunci alam maya pun bermula apabila penyokong JDT membalas serangan psikologi ke atas pasukan kebanggaan mereka. Segala fakta telah dikeluarkan dan ada juga yang mengatakan penyokong JDT seboleh-bolehnya ‘menegakkan benang yang basah’.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.