Kiriman pada: Thu, Jan 7th, 2016

Netizen Malaysia Suka Ditipu

Kongsi maklumat ini
Tags

Bayangkan anda dikatakan merana menanggung kehidupan, tujuannya untuk mencari salah pihak bertanggungjawab semacam tidak buat kerja. Sudahnya anda pula menanggung malu kerana boleh dianggap menipu walhal pada setiap bulan anda telah dibantu.

Pihak yang dituduh bersalah pula akan menuduh anda bersalah. Mudah buat cerita tipu. ‘Game’ yang cukup menarik ini sememangnya formula yang cukup baik untuk memporak perandakan masyarakat kita.

Bila terjadinya perkara ini sesiapa pun tidak akan mengaku, maka terkontang-kantinglah pihak-pihak yang dituduh itu. Kali ini benar-benar merana kerana barangkali ada tohmahan yang datang sedangkan hanya menjadi mangsa keadaan. Mereka yang memfitnah tetap dengan hidup begitu, mangsanya pula tak tahu apa nasib.

Penceritaannya mungkin agak berbelit. Jika semuanya hendak mudah, nampak sangat tak sanggup hidup susah. Orang yang hidup susah pun tidak mengeluh dan sentiasa berusaha. Jangan kata mereka tidak dibantu, tetapi masih ada orang yang ‘buta’ tidak nampak perhatian yang diberi kepada golongan yang kurang bernasib baik ini.

Pihak-pihak bertanggungjawab di Malaysia ini sentiasa prihatin kepada mereka yang memerlukan. Persoalannya dimana tanggungjawab netizen yang seringkali mempersoal tentang tanggungjawab? Adakah tanggungjawab anda hanya di hujung jari?

Netizen hari ini lebih gemar mencari salah, tetapi enggan membetulkan. Sebenarnya netizen bukan lagi mudah ditipu, mereka gemar ditipu. Segala bentuk penipuan itu dialu-alukan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.