Kiriman pada: Thu, Jan 28th, 2016

Netizen Penerima BR1M Disaran Pulangkan Duit Kalau Lebih Kehendak

Kongsi maklumat ini
Tags

Sama ada ingin berseloroh, membuat sindiran atau apa sahaja cakap-cakap netizen tentang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) seperti membuktikan golongan itu lebih kehendak daripada keperluan.

Secara psikologinya apabila diluahkan perasaan mahu ‘itu ini’ yang bukan diklasifikasikan sebagai keperluan, bermakna mereka berkehendakkan barangan itu. Cuma kadar peratusan kehendak itu mungkin tinggi atau rendah, tetapi tetap mahu.

Sebagai contoh, sudah ada yang mahu menukar sport rim kereta, iPhone 6s, playstations, G Shock, kasut Nike Jordan dan berbagai lagi kehendak mengguna BR1M yang bakal diterima. Salah siapa jika BR1M sudah diberi, perkara seperti itu didahulukan?

Jadi boleh difikir adakah salah kerajaan jika BR1M diberi atas alasan mendahulukan kebajikan rakyat? Setelah dapat apa pula yang mereka dahulukan?

Bagaimanapun apabila ada pihak yang menyuruh mereka memulangkan semula duit BR1M jika tidak digunakan untuk keperluan seperti menyentap perasaan netizen. Apa sebenarnya yang mereka mahu, wang untuk meringan bebanan atau duit untuk bersuka ria dan menunjuk-nunjuk?

Saranan kepada penerima BR1M, seboleh-bolehnya wang tersebut digunakan sebaiknya. Gunakan kebijakkan untuk mengatur penggunaan sebagaimana bijak mengatur ayat di media social.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.