Kiriman pada: Tue, Jul 29th, 2014

Nicol David dan Skuad Badminton Sumbang Emas Buat Negara

Kongsi maklumat ini
Tags

Bad2Glasgow – Kejayaan yang sudah diramalkan itu merupakan sumbangan emas ketiga buat kontinjen negara dan yang menariknya kedua pasukan dan pemain negara itu menewaskan jaguh jaguh dari pasukan dan pemain England.

Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David dan pasukan Skuad Badminton negara menepati ramalan apabila memenangi pingat emas pada Sukan Komanwel ke-20.

Pemain nombor satu dunia Nicol menampilkan persembahan yang mantap untuk menyingkirkan musuh tradisinya dari England, Laura Massaro dengan keputusan 12-10, 11-2 dan 11-5 dalam pertarungan selama 44 minit.

Nicol, 30, menunaikan janji awalnya untuk mempertahankan gelaran yang dimenangi pada edisi 2010 di New Delhi, India, sekali gus menyumbang pingat emas kedua negara di sini selepas Mohd Hafifi Mansor dalam acara angkat berat 69kg.

“Ia adalah hebat untuk memenangi pingat Sukan Komanwel sekali lagi…lebih-lebih lagi menyumbang emas kedua untuk kontinjen negara.Nicol-David-3-600x471

“Memenangi gelaran kali kedua adalah satu pencapaian yang luar biasa kerana ia adalah kemuncak acara skuasy dalam temasya yang mempertandingkan pelbagai acara sukan,” katanya Nicol selepas perlawanan itu di Kampus Sukan Scotstoun.

Sementara Skuad badminton negara juga berjaya mempertahankan pingat emas acara berpasukan campuran selepas menewaskan England 3-1 pada final di Sukan Komanwel ke-20 di Emirates Arena.

Dalam perlawanan akhir, Malaysia menerima kejutan awal apabila England memulakan kempen dengan mengutip mata pertama menerusi beregu campuran Chris Adcock dan Gabrielle White.

Pasangan suami isteri dari England itu menewaskan Chan Peng Soon-Lai Pei Jing dengan keputusan 21-14 dan 28-26.

Bagaimanapun perseorangan lelaki negara Chong Wei Feng menyamakan kedudukan 1-1 dalam pertemuan sengit menentang Rajiv Ouseph sebelum menang dengan keputusan 21-17, 19-21 dan 21-19.

Skuad negara kemudian mendahului 2-1 selepas beregu lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong menutup peluang Chris Adcock-Ellis Andrew dengan keputusan 21-19 dan 21-17.

Perseorangan wanita negara Tee Jing Yi pula mengesahkan kemenangan Malaysia dengan mengecewakan peluang pesaingnya Sarah Walker dengan straight set 21-16 dan 21-17

Wei Feng, ketika ditemui pemberita, berkata beliau kurang berpuas hati dengan prestasinya kerana kerap melakukan kesilapan selepas tewas pada set kedua perlawanan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.