Kiriman pada: Thu, Jan 14th, 2016

Nicol Gagal Mara Ke Pentas Akhir

Kongsi maklumat ini
Tags

ghdlhHAJAT ratu skuasy negara, Datuk Nicol David memulakan saingan musim baharu 2016 dengan nota kegembiraan berkecai apabila terkandas di peringkat separuh akhir Kejohanan Juara-Juara, awal pagi tadi.

Pada pertemuan di New York, Amerika Syarikat itu, Nicol tewas di tangan pemain Mesir, Nour El Sherbini 11-8, 11-5, 11-6 hanya dalam masa 26 minit.

Pada final lewat pagi esok, Nour akan berdepan dengan pemain Amerika Syarikat, Amanda Sobhy.

Amanda menempah tiket final apabila menyingkirkan seorang lagi pemain Mesir, Nouran Gohar, 11-9, 11-9, 12-10 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.