Kiriman pada: Tue, Feb 21st, 2017

Nik Abduh Impikan UMNO-PAS Sambut Kemenangan Islam Bersama

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – “Saya mengimpikan kemenangan Islam yang disambut oleh PAS, UMNO dan seluruh umat Islam di negara ini.”

Demikian ulasan Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengenai kesatuan yang perlu dibentuk umat Islam bersama UMNO dan PAS.

Bagaimanapun, beliau mengakui usaha untuk membina kesatuan umat lebih sukar daripada melaksanakan syariah Islam di negara ini.

“Saya mengimpikan kemenangan Islam yang disambut oleh PAS, UMNO dan seluruh umat Islam.

“Kemenangan hasil kesedaran, hormat menghormati, kasih sayang dan persaudaraan Islam tanpa rasa dengki, kecewa dan tewas oleh sesiapa pun,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

PAS dikecam oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan kerana didakwa menjalin hubungan baik dengan UMNO dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berikutan itu Pakatan Harapan yang dibarisi DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) cuba memujuk PAS kembali bersama dengan mereka.

PAS bagaimanapun menolak pelawaan itu menyebabkan pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan melancarkan pelbagai propaganda di media sosial bagi memburuk-burukkan PAS di mata rakyat seperti yang mereka lakukan ke atas UMNO selama ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.