Kiriman pada: Wed, Nov 25th, 2015

Nube Sambut Baik Berkait Isu Buruh

Kongsi maklumat ini
Tags

vdzKUALA LUMPUR – Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (Nube) menyambut baik bab mengenai buruh dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), yang melibatkan 12 buah negara, berikutan ia akan meningkatkan hak pekerja dan kesatuan sekerja.

“Ia benar-benar menyakinkan kerana ini merupakan kali pertama bab mengenai buruh yang khusus dimasukkan dalam perjanjian perdagangan bebas (FTA) sebagai sebahagian daripada perjanjian TPP,” kata Setiausaha Agung Nube, J. Solomon.

Beliau berkata, setakat ini, Malaysia telah menandatangani 13 FTA dan ia tidak mempunyai peruntukan untuk melindungi buruh.

Solomon berkata, walaupun di atas kertas, perjanjian TPP memihak kepada pekerja, ujian sebenar adalah dari segi pelaksanaannya yang Nube berharap kerajaan Malaysia akan mematuhinya, menggunakan penanda aras Pertubuhan Buruh Antarabangsa.

“Kami menjangka pindaan undang-undang buruh kita akan mencerminkan semangat perjanjian TPP yang akan meningkatkan lagi hak pekerja dan kesatuan sekerja di negara ini,” katanya.

Solomon berharap di bawah perjanjian TPP, Malaysia akan mempunyai lebih banyak peluang dalam perdagangan yang akan memberi manfaat kepada rakyat dan tanggungjawab itu terletak pada kerajaan untuk memastikan hak pekerja dilindungi.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.