Kiriman pada: Wed, Jul 30th, 2014

Nur Suryani Terlepas Pingat Gangsa

Kongsi maklumat ini
Tags

Nur SuryaniGlasgow – Atlet menembak negara Nur Suryani Mohd Taibi terlepas pingat gangsa dan terpaksa berpuas hati di kedudukan keempat acara 50m rifle tiga posisi wanita akhir yang berlangsung di Barry Buddon Shooting Centre.

Nur Suryani membidik 422.0 mata. Pingat emas acara itu milik atlet Singapura Jasmine Ser dengan 449.0 mata, sementara perak diraih atlet tuan rumah Jen McIntosh (446.6 mata) manakala gangsa dimenangai atlet India, Lajja Gauswami dengan 436.1 mata.

Bagi kategori lelaki, atlet negara Mohd Hadafi Jaafar menamatkan saingan di tangga kelima dengan 391.6 mata.

Pingat emas menjadi milik Daniel Rivers dari England dengan 452.9, manakala perak dan gangsa masing-masing diraih atlet India, Sanjeev Rajput (446.9 mata) dan Gagan Narang (436.8 mata).

Mengenai pengirim

-

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.