Kiriman pada: Mon, Mar 9th, 2015

Nurul Izzah baca ucapan ketua pembangkang esok

Kongsi maklumat ini
Tags

PERHIMPUNAN KITA LAWANKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata beliau akan mengambil alih tugas bapanya untuk membacakan ucapan ketua pembangkang bagi membahaskan titah Di Raja, di Dewan Rakyat, esok.

Beliau berkata, ia tidak akan berdepan halangan dan masalah untuknya berbuat demikian memandangkan sebelum ini perkara sama pernah dilakukan oleh Datuk Saifuddin Nasution Ismail bagi mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya akan bacakan ucapan ketua pembangkang bagi menyampaikan suara Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di dalam Dewan (Rakyat) esok.
“Saya tak nampak ada halangan untuk saya mewakili beliau kerana sebelum ini Datuk Saifuddin Nasution juga pernah mewakili Anwar untuk membacakan ucapan ketua pembangkang,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR kini ditahan di Penjara Sungai Buloh selepas dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh mahkamah selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Keadaan itu menyebabkan Anwar yang kini membuat permohonan pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong tidak dapat menghadiri sidang Parlimen yang bermula hari ini hingga April, sekali gus gagal membahaskan ucapannya dijadual esok.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.