Kiriman pada: Wed, Feb 17th, 2016

Obama gesa ketegangan di Laut China Selatan dikurangkan

Kongsi maklumat ini
Tags

U.S. President Barack Obama waves as he is flanked by some of the leaders from the 10-nation Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) summit in Rancho MirageRANCHO MIRAGE (California): Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama berkata perbincangannya dengan pemimpin negara Asia Tenggara dalam Sidang Kemuncak Pemimpin AS-ASEAN di California menyentuh keperluan untuk menyelesaikan ketegangan di Laut China Selatan. Obama berkata, perbincangan itu termasuk persetujuan bahawa sebarang wilayah serantau yang mencetuskan tuntutan bertindih perlu diselesaikan secara aman dan menerusi peruntukan undang-undang. “Amerika Syarikat dan ASEAN menekankan semula ketegasan komitmen kita bahawa dalam perkara ini, undang-undang antarabangsa, nilai norma dan hak semua negara tidak kira besar atau kecil mesti dihormati dan diambil kira,” kata Obama pada hari terakhir persidangan dua hari berkenaan. “Kami membincangkan perlunya terhadap ‘tindakan lebih ketara’ di Laut China Selatan untuk mengurangkan ketegangan, termasuk menghentikan tuntutan yang berterusan, pembinaan baharu dan pertikaian zon tentera di kawasan tuntutan bertindih,” katanya. Beberapa tindakan China ke atas beberapa pulau di perairan berkenaan mencetuskan perbincangan hangat sepanjang dua hari sidang kemuncak yang diadakan di sebuah resort di Sunnylands itu. Dalam kenyataan bersama, Obama dan 10 pemimpin dan ketua negara ASEAN menuntut ‘resolusi aman’ dalam menyelesaikan pertelingkahan mengenai tuntutan bertindih maritim termasuk pulau, terumbu karang dan lagun.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.