Kiriman pada: Fri, Nov 20th, 2015

Obama Tak Perlu Takut Datang Malaysia, Ini Negara Aman

Kongsi maklumat ini
Tags
Todayonline

Sumber Gambar: Today Online

Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama sudah pun tiba di Malaysia pada jam 3.20 petang tadi dengan menaiki pesawat Air Force One.

Lawatan kedua Obama ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 yang akan berlangsung esok di Kuala Lumpur.

Walaupun terdapat ancaman keganasan dengan tujuan untuk mengganggu gugat perjalanan sidang kemuncak yang dihadiri pemimpin dari 18 negara itu, pihak polis negara ini telah pun mengetatkan kawalan keselamatan sepanjang persidangan berlangsung.

Berikutan serangan militan IS di Paris baru-baru ini telah membuka mata banyak pihak berkenaan aspek pencegahan keganasan. Boleh dilihat bagaimana Malaysia mencegah aktiviti militan dan sebagai contoh tidak ada tempat untuk IS bertapak di negara ini.

Sebagaimana diketahui Malaysia adalah sebuah negara yang terang-terang menentang keganasan dan tidak perlu dikhuatiri tentang aspek keselamatan yang ketat. Pencegahan unsur keganasan ini bukan lah hanya kerana Presiden Amerika sahaja yang mahu datang ke sini.

Harus diingat, sampai ke lubang cacing mereka yang terlibat keganasan akan dikesan.

Malaysia sememangnya mempunyai cara tersendiri untuk mencegah serta menentang keganasan. Sebagai rakyat yang cintakan negara yang aman damai, seharusnya menolak sebarang ideologi militan serta memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam mengekang aktiviti itu untuk berleluasa.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.