Kiriman pada: Tue, Feb 16th, 2016

Ola Bola Kutip RM12 Juta Dalam Tempoh 18 Hari

Kongsi maklumat ini
Tags

heytdiMEMASUKI hari ke-18 tayangan, filem Ola Bola berjaya mencatat kutipan melebihi RM12 juta.

Selepas tiga minggu berada di pawagam, jumlah penonton masih belum berkurangan, malah masih kukuh di pawagam apabila jualan tiket sentiasa sold out.

Selain itu, filem Ola Bola juga masih mengungguli carta top 10 Golden Screen Cinema (GSC) sejak ditayangkan pada 28 Januari 2016.

Berlatar belakangkan era 1980-an, Ola Bola merupakan kisah kejayaan, keberanian dan semangat bersatu yang memberi inspirasi kepada barisan pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit daripada kekecewaan dan muncul menjadi wira negara.

Kisah yang diilhamkan daripada peristiwa sebenar ini bukan sahaja memaparkan semangat juang dan maruah pasukan bola sepak negara, tetapi juga menyaksikan kepayahan dan kesungguhan barisan pemain mengatasi masalah peribadi dan juga yang berkaitan dengan pasukan.

Kisah ini juga mendalami kehidupan seharian dan memaparkan semangat waja yang tidak kenal erti putus asa walaupun berdepan pelbagai cabaran. Filem yang diarahkan Chiu Keng Guan ini merupakan satu perjalanan inspirasi yang akan menambat hati penonton Malaysia.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.