Kiriman pada: Thu, Nov 10th, 2016

Operasi Kejar Buru Penculik – Filipina Benarkan Malaysia Merentasi Sempadan Negara

Kongsi maklumat ini
Tags

benarkanPutrajaya – Filipina membenarkan Malaysia merentasi sempadan maritim negara tersebut untuk melaksanakan operasi kejar buru Penculikan untuk tebusan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata persetujuan itu diberikan oleh Presiden Filipina Rodrigo Duterte dalam pertemuan mereka di sini hari ini.

“Ini adalah perkembangan terbaru yang disetujui oleh Duterte and Presiden Indonesia Jokowi sebelum ini, dan hari ini, (dipersetujui oleh) saya.

“Menteri-menteri pertahanan Filipina, Indonesia dan Malaysia akan bertemu di Vientiane pada 22 Nov untuk membincangkan prosedur operasi standard dan aspek perundangan pelaksanaan hot pursuit (operasi kejar buru) itu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarakat delegasi Malaysia-Filipina di Bangunan Perdana Putra di sini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.