Kiriman pada: Mon, Feb 13th, 2017

Operasi Penyamaran JPJ/SPAD Banteras ‘Dego Ride’

Kongsi maklumat ini
Tags

Putajaya – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menjalankan operasi penyamaran bagi membanteras perkhidmatan teksi motosikal ‘Dego Ride’.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, turut memberi amaran kepada syarikat pengendali pengangkutan itu yang sudah diarahkan untuk menghentikan operasi perkhidmatan supaya tidak mencabar undang-undang.

“Pihak berkuasa pengangkutan akan menjalankan operasi serta merta bagi membanteras perkhidmatan ini.

Kita akan tahan penunggang motosikal yang masih berdegil untuk meneruskan perkhidmatan.

“Undang-undang juga sudah menetapkan mengikut Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan 1987, motosikal tidak boleh dijadikan sebagai kenderaan komersial manakala Seksyen 16 dan 47 Akta SPAD 2010, tidak boleh membawa kenderaan komersial tanpa permit, jadi jangan cabar undang-undang” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Kerajaan tidak akan membenarkan motosikal dijadikan sebagai kenderaan pengangkutan untuk membawa penumpang. “Kita tidak benarkan perkhidmatan pengangkutan yang boleh mengundang risiko kemalangan tinggi,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.