Kiriman pada: Fri, Jul 10th, 2015

Ops Selamat 7

Kongsi maklumat ini
Tags

accidentSetiap kali menjelang musim perayaan, kempen keselamatan jalan raya pasti dilancarkan, sebelum ini dikenali sebagai ops sikap, namun ditukar kepada op selamat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Op selamat lebih menyeluruh dengan memberi penekanan kepada keselamatan harta benda serta kediaman dan meminimumkan kemalangan jalan raya.

Bagi tahun ini Op Selamat 7 dilancarkan untuk tempoh 15 hari bermula 10 Julai ini dengan tema “Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi”, Seramai 100,020 anggota dan pegawai polis akan terlibat dalam memastikan kelancarannya, Ini tidak termasuk anggota bomba dan penyelamat, Rela dan sebagainya.

Ketika melancarkan kempen ini Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sikap pemandu yang tidak mematuhi undang-undang di jalan raya selain pentingkan diri sendiri di kenalpasti sebagai punca kemalangan.

Menurut statistik cawangan trafik Polis Bukit Aman, 476,196 kes kemalangan jalan raya di laporkan pada 2014 berbanding dengan 477,204 kes pada 2013. Manakala kes kematian pula sebanyak 6,624 kes pada 2014, berbanding 6,915 tahun sebelumnya, Jadi apa gunanya diadakan kempen keselamatan jalan raya pada setiap musim perayaan jika penguna sendiri enggan mengubah sikap.

Cuai, leka, tidak bertanggungjawab, tidak bersopan, tidak sabar dan tergesa gesa ketika memandu. “Jalan raya itu aku yang punya pedulikan yang lain”, jika fikiran sedemikian berterusan entah sampai bila kemalangan boleh di kurangkan dan kematian di minimakan.

Kebanyakkan pemandu sebenarnya menyedari keujudan kempen keselamatan jalan raya serta bahaya yang ujud, Namun sikap tidak acuh dan indah tidak indah terhadap keselatan diri dan penguna jalanraya yang lain selalunya mengundang duka, Tidak ingatkan mereka kepada yang tersayang ketika memecut laju di jalan raya.

Umpama di atas litar perlumbaan F1 untuk sampai ke destinasi, Sikap itu sebenarnya perlu di ubah jika tidak mahu berkubur di jalan raya. Walaupun kempen keselamatan jalan raya adalah perlu ia tidak akan berjaya selagi penguna jalan raya tidak mahu mengubah sikat dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya.

Tidak akan rugi apa-apa jika peraturan di ikuti dan banyak bersabar ketika memandu kerana tidak lari kampong halaman. Keadaan jalan raya yang kurang sempurna boleh di tangani begitu juga dengan kenderaan boleh di perbaiki jika rosak atau bermasaalah, Tetapi nyawa jika melayang hanya boleh di tangisi tiada lagi berganti.

Ini kerana setiap kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian dan kecerderaan bukan sahaja menjejaskan keluarga yang terlibat tetapi turut merugikan, Malah negara di anggarkan kerugian 9 billion ringgit setahun bila di gunakan untuk membaik pulih jalan raya, insyuran dan bil perubatan bagi kes kemalangan jalan raya.

Sehubungan itu pastikan anda dan keluarga anda tidak menjadi sebahagian statistik kemalangan jalan raya patuhi undang-undang, hormati penguna yang lain Ops Selamat untuk membantu dan jadi peringatan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.