Kiriman pada: Mon, Jan 11th, 2016

Optimumkan Perbelanjaan Kerajaan

Kongsi maklumat ini
Tags

NAJIB RAZAK / PERHIMPUNAN BULANAN JPMPutrajaya – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu anggota pentadbiran dan penjawat awam melaksanakan langkah pengoptimumkan perbelanjaan dan bukan mengenakan pendekatan jimat cermat dalam pentadbiran pada tahun ini.

Dalam amanatnya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang pertama bagi 2016, di sini hari ini, beliau juga mahu penjawat awam menggunakan daya fikiran kreatif dan inovatif untuk meningkatkan produktiviti.

Beliau menegaskan dua perkara tersebut perlu menjadi tumpuan utama dalam pentadbiran kerajaan pada tahun ini bagi menangani faktor luaran yang tidak dapat dikawal oleh Malaysia.

“Mengoptimumkan perbelanjaan tidak bermaksud sebagai langkah ‘austerity’ (jimat cermat) potong sana potong sini, tetapi kita melihat bagaimana setiap ringgit yang akan dibelanjakan boleh mendatangkan hasil dan kesan yang paling besar.

“Selain itu, kita boleh tambah lagi usaha kita bukan bermaksud kerja keras sahaja, tetapi menggunakan minda kita berfikir secara kreatif dan inovatif untuk meningkatkan produktiviti. Saya selalu tekankan ‘give me solution’ (beri saya penyelesaian),” katanya.

Turut hadir pada perhimpunan itu ialah menteri dan timbalan menteri di JPM; Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan warga JPM.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.