Kiriman pada: Mon, Mar 16th, 2015

Orang Asli Disaran Serius Ceburi Bidang Pertanian Dan Ternakan

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOBBera – Orang Asli disaran menceburi bidang pertanian dan ternakan secara lebih serius kerana bidang berkenaan boleh memberikan pendapatan lumayan jika diusahakan secara sistematik dan komersil.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya bersedia memberikan apa juga bantuan yang difikirkan perlu bagi mereka mengusahakan dua bidang itu.

“Orang Asli sudah sinonim dengan bidang pertanian dan ternakan, oleh itu mereka perlu merebut pelbagai peluang yang disediakan kerajaan sama ada melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) ataupun Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perjumpaan dengan masyarakat Orang Asli di Bukit Gemuruh, dekat sini.

Katanya, kerajaan mahu menjelang Rancangan Malaysia Ke-11 kelak masyarakat Orang Asli dapat menjana pendapatan tetap sebulan kira-kira RM5,000 menerusi bidang pertanian dan ternakan.

Terdahulu ketika perjumpaan dengan pemimpin tempatan termasuk Tok Batin Orang Asli sekitar Daerah Bera di Kerayong, beliau mahukan pemimpin dan Tok Batin memberikan penerangan secara lebih teliti kepada masyarakat Orang Asli tentang usaha dan projek pembangunan kerajaan untuk mereka.

Kerajaan katanya, tiada pilih kasih di dalam melaksanakan pembangunan untuk rakyat, malah semua kaum termasuk masyarakat Orang Asli diagih sama rata dan menerima pembangunan sama mengikut bilangan penduduk.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.